PWS Anjur Tazkirah Ramadan di Masjid Nurul Hidayah, Seksyen 18

PWS Anjur Tazkirah Ramadan di Masjid Nurul Hidayah, Seksyen 18

27 Februari 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus mempergiat agenda advokasi wakaf bersempena Bulan Wakaf Selangor melalui penganjuran Tazkirah Ramadan di Masjid Nurul Hidayah, Seksyen 18.

Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, yang menekankan kelebihan bersedekah dan berwakaf dalam bulan Ramadan sebagai instrumen memperkukuh kesejahteraan ummah secara berterusan. Pengisian tersebut turut mengajak para jemaah menjadikan wakaf sebagai amalan konsisten yang memberi manfaat jangka panjang.

Bagi memudahkan penyertaan masyarakat, kaunter wakaf PWS turut dibuka bagi memberi penerangan lanjut serta menerima sumbangan Wakaf Tunai secara terus. Sambutan yang diterima amat memberangsangkan dan mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan komuniti setempat.

Inisiatif ini selaras dengan komitmen PWS untuk memperluas capaian kesedaran wakaf melalui pendekatan komuniti yang inklusif dan berimpak tinggi.

Marilah bersama memperkasa wakaf demi manfaat ummah yang berpanjangan.

 

 

No Comments

Post A Comment