27 Februari 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) meneruskan siri Tazkirah Ramadan bersempena Bulan Wakaf Selangor di Surau Haji Hassan, Sijangkang sebagai sebahagian usaha memperkukuh budaya berwakaf dalam kalangan masyarakat.
Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, yang mengupas peranan wakaf sebagai pelaburan akhirat yang strategik serta kepentingan memperluas penyertaan masyarakat dalam pembangunan wakaf negeri.
Seiring dengan program tersebut, kaunter wakaf PWS turut dibuka bagi memberi ruang kepada para jemaah mendapatkan maklumat serta menunaikan Wakaf Tunai secara langsung. Penyertaan aktif jemaah membuktikan sokongan berterusan terhadap agenda pemerkasaan wakaf.
PWS komited untuk terus mendekati masyarakat melalui pendekatan ilmu dan dakwah, selaras dengan aspirasi membina ekosistem wakaf yang mampan dan progresif di Negeri Selangor.
Ayuh berwakaf dan jadikan Ramadan ini lebih bermakna.
No Comments