PWS Dekati Komuniti Melalui Tazkirah Ramadan di Surau Al-Muttaqin Antara Gapi

PWS Dekati Komuniti Melalui Tazkirah Ramadan di Surau Al-Muttaqin Antara Gapi

28 Februari 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) meneruskan inisiatif advokasi wakaf bersempena Bulan Wakaf Selangor melalui penganjuran sesi Tazkirah Ramadan di Surau Al-Muttaqin, Antara Gapi.

Program tersebut menerima sambutan memberangsangkan daripada jemaah setempat dan memberi penekanan kepada kepentingan wakaf sebagai instrumen ekonomi Islam yang mampu memperkukuh pembangunan ummah secara lestari dan berimpak tinggi.

Melalui pengisian yang disampaikan, para jemaah didedahkan kepada peranan wakaf sebagai pelaburan akhirat yang berterusan serta kepentingan penyertaan masyarakat dalam menyokong pembangunan wakaf negeri.

PWS komited untuk terus memperluas pendekatan komuniti melalui program dakwah dan advokasi bagi membina budaya berwakaf yang lebih progresif dalam kalangan masyarakat.

Marilah bersama memperkasa wakaf demi kesejahteraan ummah yang berpanjangan

 

 

 

 

No Comments

Post A Comment