Satu sesi tazkirah wakaf telah dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran jemaah terhadap kepentingan wakaf sebagai amalan berterusan yang memberi manfaat jangka panjang.
Program ini dilaksanakan selari dengan komitmen PWS dalam memperluas kefahaman masyarakat mengenai konsep wakaf serta peranannya dalam pembangunan ummah.
Sesi tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, yang menghuraikan kelebihan wakaf dari sudut ganjaran berterusan serta kepentingannya dalam menyokong pembangunan institusi Islam. Penyampaian dilakukan secara interaktif bagi menarik penglibatan aktif jemaah.
Program ini berjaya meningkatkan kesedaran dan kefahaman jemaah terhadap konsep wakaf, sekali gus menggalakkan penyertaan lebih meluas dalam amalan berwakaf.
No Comments