5 April 2024, Cyberjaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dijemput untuk mengadakan tazkirah ramadhan dengan tajuk “Ramadhan dan Wakaf” bersama kakitangan Tele-Flow Corporation Sdn Bhd pagi ini.
Taklimat telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS.
PWS juga turut membuka kaunter wakaf tunai disini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS di negeri Selangor sebagai institusi wakaf dan memberi peluang untuk kakitangan Tele-Flow melaksanakan ibadah wakaf melalui secara tunai terus (one-off), potongan gaji, auto-debit, QR code dan pelbagai kaedah yang disediakan untuk berwakaf di bulan yang mulia ini sempena meraikan dan merancakkan Bulan Wakaf Selangor.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di sepuluh malam terakhir Ramadhan ini melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments