7 Januari 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad telah menyerahkan sumbangan bagi tujuan Program i-Tekad Wakaf Selangor Muamalat (WSM) melalui projek lokcing berjumlah RM 130,000.00 kepada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) .
Penyerahan Cek Cura tersebut telah diketuai YBrs. Tuan Haji Azizi bin Che Seman, Pengerusi, WSM dan telah disambut mesra oleh Encik Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim, Pengurus Besar TERAS serta disaksikan oleh YBhg Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Pengerusi dan Dato’ Aspalela binti Ramly, Ahli Lembaga Pengarah TERAS.
Turut serta pada majlis tersebut ialah YBrs Dr. Mohd Izuan bin Mahyudin, Ahli Jawatankuasa Pengurusan bersama WSM, Tuan Haji Zaharuddin Alias, Ketua Jabatan Kewangan Sosial WSM, Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Cik Anis Amirah binti Mohd Kifly, Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi, Bahagian Korporat PWS.
Semoga penyerahan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada pengusaha-pengusaha kecil dalam mengembangkan lagi perniagaan melalui program i-Tekad di bawah seliaan TERAS dan menjadikan jariah kepada pewakaf-pewakaf sehingga yaumulakhirah.
Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:
https://fpx.wakafselangor.gov.my/
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
—
#wakafselangor
#wakafselangormuamalat
#wakafmembangunkanummah
#wakafselangormuamalat
#terajuekonomiasnafsdnbhd
No Comments