5 Oktober 2024, Kangar – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan lawatan tapak tanah wakaf di wilayah utara Perlis. Delegasi PWS seramai sembilan orang ini diketuai oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Tapak tanah tersebut adalah merupakan tanah yang diwakafkan oleh individu di sini untuk diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Tanah tersebut telah dimanfaatkan oleh pengusaha tanaman cili yang terletak di Titi Tinggi, Kangar Perlis.
Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan pengusaha tersebut dalam sama-sama membangunkan tanah wakaf sama ada di Selangor atau di luar Selangor.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments