28 Januari 2025, Ulu Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menerima sumbangan wakaf RM 7,000.00 serta menyantuni pewakaf tegar Tuan Haji Hamzah bin Hassan di Taman Seri Keramat hari ini.
Ustaz Muhammad Suffian Assauri, Pegawai dari Unit Kutipan dan Agihan PWS serta rakan-rakan telah menyantuni Tuan Hj Hamzah yang sentiasa istiqomah melaksanakan ibadah wakaf bersama PWS. Beliau merupakan seorang pesara pengajar di sekolah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Semoga Ibadah wakaf yang dilaksanakan oleh Haji Hamzah menjadikan jariah beliau yang berpanjangan sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments