11 Mac 2025, Negeri Sembilan – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Ziarah Kasih Ramadhan dan menyantuni Tuan Haji Ibrahim bin Seman yang merupakan Ejen Penerangan dan Kutipan Wakaf Tunai PWS di kediaman anaknya di Persada Damai, Bandar Enstek.
Delegasi seramai empat orang ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Md. Yusof, Pengerusi PWS bersama YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus, Bahagian Korporat PWS.
Haji Ibrahim bin Seman telah berkhidmat sebagai Ejen Penerangan dan Kutipan Wakaf Tunai PWS sejak dari awal penubuhan PWS tahun 2011. Beliau telah dimasukkan ke Hospital kerana masalah kesihatan yang dihadapinya pada Februari lalu.
Semoga dengan Ziarah Kasih Ramadhan ini, Tuan Haji Ibrahim diberikan kesembuhan, kesihatan dan di rahmati oleh Allah S.W.T
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments