Ucapan Selamat Menyambut Ma’al Hijrah 1448H

Ucapan Selamat Menyambut Ma’al Hijrah 1448H

Selamat Menyambut Ma’al Hijrah 1448H

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah 1448H menjadi titik permulaan untuk kita terus memperbaiki diri, memperkukuhkan keimanan serta berhijrah ke arah kehidupan yang lebih cemerlang dan diberkati Allah SWT.

Marilah kita menghayati semangat hijrah dengan memperbaharui azam untuk meningkatkan amal kebajikan dan memperkasa budaya wakaf. Setiap wakaf yang disumbangkan bukan sahaja menjadi amal jariah yang berpanjangan, malah berupaya memberi manfaat besar kepada pembangunan ummah serta kesejahteraan generasi akan datang.

Salam Ma’al Hijrah 1448H. Semoga tahun ini menjadi medan untuk kita melipatgandakan amalan wakaf dan kebajikan demi meraih keberkatan dunia dan akhirat.

No Comments

Post A Comment