14 Mac 2025, Sungai Buloh – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyampaikan taklimat wakaf di UiTM Private Specialist Centre (UPSC) pagi ini.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.
PWS juga turut membuka kaunter wakaf tunai disini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS di negeri Selangor sebagai institusi wakaf dan memberi peluang untuk kakitangan UPSC melaksanakan ibadah wakaf melalui secara tunai terus (one-off) atau potongan gaji di bulan yang mulia ini sempena meraikan dan merancakkan Bulan Wakaf Selangor.
Semoga dengan taklimat ini dapat memberi ruang dan peluang kepada kakitangan UPSC dalam melaksanakan ibadah dan meningkatkan amalan sunnah nabi Muhammad S.A.W di bulan yang mulia ini.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments