PWS MENGHADIRI MAJLIS PRA PELANCARAN WAKAF UNIVERSITI

PWS MENGHADIRI MAJLIS PRA PELANCARAN WAKAF UNIVERSITI

28 Februari 2025, Kajang– Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menghadiri Majlis Pra Pelancaran Wakaf Universiti di Universiti Islam Selangor (UIS) yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS).

Wakaf Universiti ini adalah satu produk daripada Dana Wakaf Ilmu yang diusaha bersama antara PWS dan UIS bagi merealisasikan hasrat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menitahkan agar UIS menjadi Universiti Wakaf pertama di Selangor pada Februari 2024.

YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS telah menghadiri dan menyaksikan sendiri majlis yang diadakan ini bersama kakitangan dan pensyarah-pensyarah dan barisan tertinggi UIS bertempat di Auditorium Adanan Isman.

Turut serta YBhg. Dr. Abdul Razif bin Zaini, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UIS, Encik Zulhizzam bin Hamzah, Pendaftar UIS dan Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.

Semoga dengan pelancaran yang diadakan ini dapat memartabatkan lagi Institusi Wakaf khususnya di bidang pendidikan dan menjadikannya Universiti Wakaf pertama di Selangor.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#mudahnyaberwakaf

#bulanwakafselangor

#satuwakafsejutamanfaat

No Comments

Post A Comment