21 Mac 2025, Kajang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah hadir Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Komuniti Setempat Berbilang Agama anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan Universiti Islam Selangor (UIS) di Dewan Auditorium Adanan Isman UIS.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Naib Censelor UIS, acara ini diadakan adalah bagi meraikan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan Komuniti Setempat Berbilang Agama sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.
Semoga majlis sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga istimewa yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dan menjadikan jariah kepada kita untuk menuju ke syurga-Nya.
Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:
No Comments