Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyalurkan dana Wakaf Fisabilillah sebanyak RM45,000 kepada SRA Seri Jugra, Jalan Suleiman, Banting bagi pemasangan paparan digital di dewan sekolah.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha PWS memperkasakan kemudahan pendidikan di Selangor melalui agihan dana wakaf yang memberi manfaat berterusan kepada institusi pendidikan.
Sumbangan digunakan bagi pemasangan paparan digital dewan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti sekolah yang lebih efektif dan interaktif. Program turut disertakan dengan sesi taklimat wakaf kepada para guru bagi meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan wakaf dalam pembangunan ummah.
Paparan digital dijangka meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat serta pelaksanaan program sekolah. Selain itu, sesi penerangan wakaf dapat memperkukuh kesedaran dan menggalakkan amalan wakaf dalam kalangan warga pendidik.
No Comments