4 Oktober 2024, Georgetown – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat dan Ziarah Mahabbah ke Wakaf Pulau Pinang Sdn Bhd (WPP). Delegasi PWS seramai sepuluh orang ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Md. Yusof, Pengerusi PWS bersama YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS disambut mesra oleh YBrs. Tuan Abdul Mohsein bin Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif WPP bertempat di Pejabat WPP Sdn Bhd.
Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS dan WPP yang boleh dijalinkan dan kerjasama diantara kedua negeri yang boleh dilaksanakan berkaitan dengan instrumen wakaf untuk pembangunan ummah.
Selain itu, delegasi PWS juga dibawa melawat ke premis-premis wakaf disekitar Muslim Enclave yang merupakan di bawah seliaan WPP sendiri.
Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan WPP bagi memartabatkan institusi wakaf dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor dan Pulau Pinang khususnya dan di Malaysia Amnya, InshaAllah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments