ALHAMDULILLAH, PWS TERIMA SUMBANGAN WAKAF TUNAI RM50,000.00 DIBULAN RAMADHAN YANG PENUH BARAKAH

ALHAMDULILLAH, PWS TERIMA SUMBANGAN WAKAF TUNAI RM50,000.00 DIBULAN RAMADHAN YANG PENUH BARAKAH

11 Mac 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menerima sumbangan Wakaf Tunai  dari Syarikat Guaman mewakili anak guamnya berjumlah RM50,000.00 bertempat di Pejabat PWS.

Penyampaian serahan Cek sumbangan disambut oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS serta disaksikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.

PWS menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pewakaf tersebut di atas sokongan dalam melaksanakan ibadah wakaf ini.

Semoga ibadah wakaf ini menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf sehingga yaumulakhirah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#bulanwakafselangor

#satuwakafsejutamanfaat

No Comments

Post A Comment