5 Mac 2025, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad melalui Sumbangan Wakaf Selangor Muamalat telah menyerahkan sumbangan bagi tujuan Lima (5) buah Set Komputer dan dua (2) buah Penghawa Dingin kepada Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri, Cheras berjumlah RM 30,200.00
Majlis Penyerahan Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Zaharudin Alias, Ketua Jabatan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) bersama Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Puan Nor Zakiah binti Mohd Sarif, Guru Besar sekolah berkenaan.
Semoga penyerahan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dan guru-guru di SK Desa Baiduri tersebut.
Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:
No Comments