PWS BERBESAR HARI MENERIMA KUNJUNGAN Y.A.D PENGERUSI MAIS DALAM PROGRAM TURUN PADANG ANJURAN MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

PWS BERBESAR HARI MENERIMA KUNJUNGAN Y.A.D PENGERUSI MAIS DALAM PROGRAM TURUN PADANG ANJURAN MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

22 April 2025, Shah Alam  – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dikunjungi oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin dalam Program Turun Padang untuk mengadakan lawatan ke pejabat Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor.

Lawatan tersebut telah disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Md. Yusof, Pengerusi PWS bersama YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS serta Pengurus-pengurus Bahagian dan kakitangan PWS.

Antara pengisian dalam lawatan ialah perkongsian taklimat ringkas pentadbiran PWS dan situasi semasa serta amanat yang diberikan oleh Pengerusi MAIS agar PWS terus maju jaya dan dapat memelihara amanah dan integriti dengan penuh tanggungjawab.

Program turun padang selama sehari ini dimulakan dengan lawatan ke Bangunan Sultan Idris Shah. Antara Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor yang terlibat dalam lawatan ialah Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pejabat Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI), pejabat Pengarah JAIS, pejabat Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS), pejabat Sektor Ekonomi MAIS, Bahagian Undang-Undang MAIS dan pejabat Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Turut hadir YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS, barisan pengurusan tertinggi MAIS dan barisan pengurusan tertinggi Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor.

PWS menzahirkan penghargaan terima kasih atas kunjungan YAD Pengerusi MAIS ke PWS dan semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi jalinan ukhuwah antara MAIS dan agensi-agensi serta anak syarikat dalam menjadikan Institusi Agama Islam yang lebih gemilang, terbilang dan cemerlang khususnya di negeri Selangor serta diredhai oleh Allah S.W.T, InshaAllah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakafmembangunkanummah

#mais

No Comments

Post A Comment