27 Februari 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan pertemuan dan lambaian kasih bersama YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang akan menamatkan perkhidmatannya pada 28 Februari 2025.
Delegasi PWS yang hadir adalah YBhg Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Md Yusof, Pengerusi, YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat.
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz telah dilantik sebagai Pengerusi pada 1 Januari 2021 dan berkhidmat selama hampir lima tahun di MAIS.
Sepanjang tempoh pelantikan itu, beliau menerajui MAIS dengan penuh komitmen dan dedikasi dalam usaha memperkasakan hal ehwal Islam di Selangor, termasuk merealisasikan Pelan Strategik MAIS 2020-2024, merangkumi semua Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi serta anak syarikat MAIS.
Semoga YAD Tan Sri diberikan kesihatan dan di rahmati oleh Allah S.W.T
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments