PWS HADIR KE MAJLIS LAFAZ AQAD WAKAF PONDOK YAYASAN ALMUHAMMADIAH

PWS HADIR KE MAJLIS LAFAZ AQAD WAKAF PONDOK YAYASAN ALMUHAMMADIAH

3 Mei 2025, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menghadiri ke Majlis Aqad Wakaf Pondok dan menerima penyerahan Wakaf Hartanah fasa 3 dari Yayasan Al Muhammadiah bertempat di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

Sebanyak 31 buah pondok telah dilafazkan aqad wakafnya oleh para pewakaf untuk kegunaan warga emas yang berada di Pondok Yayasan Al-Muhammadiah tersebut. Selain itu, PWS juga turut menerima serahan borang penyerahan wakaf hartanah dari Yayasan Muhammadiah yang disampaikan oleh YBhg. Datin Hajah Laili Ismail, Pengerusi LPA Yayasan Al-Muhammadiah dan disambut mesra oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PWS serta disaksikan oleh YBrs Ustaz Ahmad Roee Abidin, Pengetua dan YBrs Tuan Haji Mohd Fairuz Abdullah, Ketua Pengawai Eksekutif Yayasan Al-Muhammadiah.

Semoga segala usaha ini mendapat redha disisi Allah SWT dengan apa yang diniatkan dan memberi manfaat kepada warga Yayasan Al-Muhammadiah serta menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf sehingga Yaumulakhirah.

Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:

 

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untu bewakaf tunai

#wakafselangor

#wakafmembangunkanummah

#wakaftunai

#mudahnyaberwakaf

#yayasanalmuhammadiah

No Comments

Post A Comment