20 April 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor terus memperkukuh jaringan strategik bersama agensi berkepentingan melalui penganjuran sesi taklimat wakaf kepada Yayasan Islam Darul Ehsan yang berlangsung di ibu pejabat yayasan tersebut di Seksyen 7.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS. Taklimat ini memberi pendedahan menyeluruh mengenai konsep, mekanisme serta impak wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi ummah yang mampan.
Sebagai anak syarikat kepada Majlis Agama Islam Selangor, YIDE memainkan peranan penting dalam kebajikan masyarakat. Kolaborasi ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperluas ekosistem wakaf serta membuka ruang sinergi strategik antara PWS dan YIDE dalam memperkasa agenda kebajikan dan pembangunan ummah di negeri Selangor.
Pendekatan ini selari dengan aspirasi PWS untuk memperkasa kesedaran wakaf secara holistik serta mengoptimumkan impak jangka panjang kepada komuniti melalui tadbir urus wakaf yang efektif dan berimpak tinggi.
No Comments