24 Februari 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). Delegasi seramai tiga orang ini yang diketuai oleh Tuan Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE dan disambut mesra oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Turut hadir dari YIDE ialah Puan Nor Hafzam binti Mohammad, Pengurus Operasi Pusat Dialisis MAIS, YIDE danEncik Mohd Akmal Hafsyam, Pengurus Bahagian Korporat, YIDE.
Turut Serta dari PWS ialah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.
Objektif utama kunjungan ini adalah menjalinkan jaringan hubungan serta peluang usahasama dan plan strategik bagi membangunkan Kompleks Anak Yatim dan Pusat Dialisis yang kelolai oleh YIDE.
Terima kasih atas kunjungan ini dan semoga ukhuwah kita berkekalan.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments