PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) AGIH WAKAF FISABILILLAH RM 80,000.00 KEPADA DUA (2) RUMAH ANAK YATIM SELIAAN YIDE

PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) AGIH WAKAF FISABILILLAH RM 80,000.00 KEPADA DUA (2) RUMAH ANAK YATIM SELIAAN YIDE

30 Mac 2024, Gombak – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor perkenan menyaksikan penyerahan cek cura Wakaf Fisabilillah bernilai RM 80,000.00 daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) untuk disalurkan dua (2) rumah anak-anak yatim seliaan YIDE iaitu Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) bernilai RM 50,000.00 dan Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim/Miskin Daerah Sabak Bernam bernilai RM 30,000.00.
 
Menurut YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, sumbangan wakaf fisabilillah yang disalurkan kepada kedua-dua rumah anak yatim seliaan YIDE adalah bertujuan untuk baikpulih dan ubah suai rumah bagi keselesaan anak-anak yatim yang berada di rumah tersebut.
 
“PWS juga turut menzahirkan penghargaan terima kasih kepada pewakaf yang telah mewakafkan rumah tersebut melalui Perbadanan Wakaf Selangor dan manfaat yang diterima adalah kedua-dua rumah anak yatim ini”
 
“InsyaALLAH kita juga terima permohonan daripada rumah anak anak yatim yang lain dibawah seliaan YIDE, dan kita akan cuba membantu dari segi sudut baik pulih untuk masa akan datang.”
 
“Pada tahun ini PWS akan memperkasakan agihan kepada institusi yang memerlukan, namun PWS memohon sokongan orang ramai dengan melaksanakan ibadah wakaf melalui PWS, kerana lagi ramai orang melaksanakan ibadah ini,
 
InsyaALLAH lagi banyak institusi yang boleh kita bantu” Ujar beliau setelah tamat program penyerahan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim.
 
Sumbangan tersebut merupakan sebahagian inisiatif sumbangan fisabilillah PWS dalam mengoptimakan penyaluran wakaf dengan menyantuni institusi keagamaan, pendidikan dan kesihatan.
 
PWS mengucapkan terima kasih kepada semua pewakaf-pewakaf dan teruslah berwakaf agar jariah anda dapat disalurkan dan dimanfaatkan oleh lebih ramai orang.
 
Turut hadir di majlis ialah Y.A.D. Tan Sri Dato’ paduka Raja Dato’ Haji Wan Mahmood bin Pa’wan Teh, Orang Besar Daerah Gombak dan
Y.B. Tuan DR. Mohammad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor.
 
Ayuh bersama melaksanakan Wakaf Tunai anda melalui Perbadanan Wakaf Selangor, saluran yang rasmi, telus dan diyakini.
 
Layari Wakaf Selangor Online
No Comments

Post A Comment