23 Oktober 2024, Kuala Lumpur – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
Delegasi PWS tiga orang ini diketuai oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS disambut mesra oleh Puan Noor Ain Mohd Amin, Ketua Kumpulan, Pengurusan Kumpulan Shariah BPMB dan Encik Ruslan Yohman, Ketua Pengurusan Zakat, Pengurusan Kumpulan Shariah BPMB bertempat di Menara Bank Pembangunan, Jalan Conlay.
Turut serta dalam kunjungan ini adalah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi, Bahagian Korporat PWS.
Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS dan perbincangan kerjasama yang boleh dijalinkan bagi pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat ummah melalui konsep wakaf agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS serta galakan kepada kakitangan BPMB melaksanakan ibadah wakaf melalui potongan gaji dan wakaf korporat.
Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan BPMB bagi memartabatkan institusi wakaf dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia Amnya, InshaAllah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my/
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
Untuk berwakaf tunai.
—
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#mudahnyaberwakaf
#bankpembangunanmalaysiaberhad
No Comments