KUNJUNGAN HORMAT PWS KE PEJABAT SETIAUSAHA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA NEGERI SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT PWS KE PEJABAT SETIAUSAHA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA NEGERI SELANGOR

25 Oktober 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat  ke Pejabat Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Negeri Selangor.

Delegasi PWS empat orang ini diketuai oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar,  Ketua Pegawai Eksekutif PWS disambut mesra oleh YBrs. Tuan Nur Iskandar bin Nur Dzainuddin, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Negeri Selangor bertempat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Turut serta dalam kunjungan ini adalah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, Encik Mohd Nasoha bin Jaiman, Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan PWS dan Encik Norizam bin Buang, Penolong Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi, Bahagian Korporat PWS.

Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS  sebagai institusi wakaf dan perbincangan kerjasama untuk melaksanakan program-program penerangan kepada kakitangan penjawat awam di negeri Selangor dalam melaksanakan ibadah wakaf melalui Skim Potongan Gaji (SPG) seiring dengan misi dan visi PWS.

Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia negeri Selangor bagi memartabatkan institusi wakaf dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia Amnya, InshaAllah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#mudahnyaberwakaf

#subsumbermanusianegeriselangor

No Comments

Post A Comment