PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) LANCAR BULAN WAKAF PERINGKAT NEGERI SELANGOR, PERMUDAHKAN MASYARAKAT BERWAKAF
7 FEBRUARI 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) buat julung kalinya mengadakan Bulan Wakaf Peringkat Negeri Selangor yang telah dirasmikan oleh Y.A.D Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Aziz bin Haji Yusof, Pengerusi MAIS di Dewan Orkid, PKPS.
Menurut Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PWS Pelancaran Bulan Wakaf dilancarkan adalah bertujuan untuk menguar-uarkan peranan Perbadanan Wakaf Selangor sebagai satu Instiusi yang dipercayai serta diyakini dan satu-satunya Institusi yang diberi mandat berkaitan hal ehwal wakaf di Negeri Selangor.
“Mudahnya Berwakaf sebagai satu ‘Tagline’ diketengahkan kerana PWS komited dalam menyediakan pelbagai platform untuk orang ramai mewakafkan harta sama ada dalam bentuk harta alih seperti wakaf tunai dan harta tak alih seperti tanah/premis bagi tujuan meningkatkan dan mengembangkan pelaburan wakaf dalam bidang ekonomi dan merealisasikan pembangunan sosial demi kesejahteraan ummah.”
“Bulan Wakaf Selangor yang dilancarkan ini bermula pada 1 Sya’ban dan sehingga 29 Ramadan dan pelbagai program yang telah disusun atur antaranya Kuliah Khas Maghrib bersama beberapa figura dakwah, siaran langsung podcast bersama pempengaruh, lawatan tapak ke projek-projek pembinaan melalui dana wakaf khas dan banyak lagi.”
“Dan Alhamdulillah hari ini juga kita telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah kepada 5 Intitusi yang memerlukan dana baik pulih. InsyaALLAH dana Wakaf Fisabilillah ini akan diperluaskan dan PWS membuka ruang mana-mana Institusi yang memerlukan baik pulih boleh terus menghubungi kami.”
No Comments