16 April 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) hari ini telah menerima sumbangan Wakaf Khas berjumlah RM 644,330.00 bagi pembangunan dan baikpulih prasarana Masjid Raja Lumu Pekan Kuala Selangor.
Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Encik Abdul Halim Bin Mohd Salleh, dari Gagasan Piramid Sdn Bhd dan disambut mesra oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Pada 6 Oktober 2022, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan untuk menamakan Masjid Lama, Pekan Kuala Selangor kepada Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor.
Penamaan Masjid Pekan Kuala Selangor tersebut bertujuan untuk memperingati Sultan Sallehuddin Shah atau Raja Lumu Ibni Opu Daeng Chelak iaitu Sultan Negeri Selangor yang pertama. Raja Lumu memerintah Selangor yang berpusat di Kuala Selangor selama enam belas tahun bermula dari tahun 1766 sehingga ke tahun 1782 masihi. Masjid Raja Lumu juga merupakan Masjid Diraja yang ke sembilan di Negeri Selangor.
Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:
No Comments