KUNJUNGAN MAHABBAH PWS KE LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

KUNJUNGAN MAHABBAH PWS KE LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

29 November 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan pertemuan bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS). Delegasi PWS tiga orang ini diketuai oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian PWS disambut mesra oleh Encik Muhd Fikri Naim bin Harun, Ketua Divisyen Kutipan LZS.

Turut serta dalam kunjungan ini adalah Encik Norizam bin Buang, Penolong Eksekutif dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi, Bahagian Korporat PWS.

Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS dan perbincangan kerjasama bersama LZS khususnya melibatkan pembayar zakat perniagaan (syarikat) dan juga wakaf korporat.

Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan LZS bagi memartabatkan Institusi Wakaf  dan Zakat dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor yang merupakan agensi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#mudahnyaberwakaf

#wakafkorporat

#lzs

No Comments

Post A Comment