KUNJUNGAN HORMAT DAN ZIARAH MAHABBAH PWS KE MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

KUNJUNGAN HORMAT DAN ZIARAH MAHABBAH PWS KE MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

3 Oktober 2024, Ipoh – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat dan Ziarah Mahabbah ke Majlis Agama Islam dan’ Adat Melayu Perak (MAIPK).

Delegasi PWS seramai sepuluh orang ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Md. Yusof, Pengerusi PWS bersama YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar,  Ketua Pegawai Eksekutif PWS disambut mesra oleh YBrs. Puan Wan Maizura binti Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh Perak.

Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS dan MAIPk yang boleh dijalinkan dan kerjasama diantara kedua negeri yang boleh dilaksanakan berkaitan dengan instrumen wakaf  untuk pembangunan ummah.

Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan MAIPk bagi memartabatkan institusi wakaf dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor  dan Perak khususnya dan di Malaysia Amnya, InshaAllah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#mudahnyaberwakaf

#maipk

No Comments

Post A Comment