7 November 2025, Sungai Besar – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bersama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) pada 7 November 2025.
Delegasi PWS seramai empat orang diketuai Tuan Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) PWS, Delegasi YWM seramai tiga orang diketuai oleh Puan Nur Syaffina binti Abd Rahim, Pengurus Bahagian Dasar dan Pembangunan YWM serta disambut mesra oleh Tuan Awaluddin bin Zakaria, Yang Dipertua MDSB.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS sebagai sebuah Institusi Wakaf di Negeri Selangor serta membincangkan potensi kerjasama dalam projek-projek pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat ummah melalui konsep wakaf.
Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama strategik antara PWS, YWM dan pihak berwajib bagi memperkukuh syiar Islam serta memperkasa ekonomi ummah di Negeri Selangor.
Ayuh bersama melaksanakan wakaf tunai anda melalui PWS – diyakini dan dipercayai.
No Comments