“TERIMA KASIH PEWAKAF, ANDA WAKAF, KAMI AGIH” -Sumbangan Anda disalurkan ke Masjid Al-Ubudiah RM14,750.10-

“TERIMA KASIH PEWAKAF, ANDA WAKAF, KAMI AGIH” -Sumbangan Anda disalurkan ke Masjid Al-Ubudiah RM14,750.10-

2 November 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkasakan agihan tabung wakaf tunai bernilai RM 14, 750.10 ke Masjid Al-Ubudiah, Seksyen 19.

Serahan cek cura telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Encik Mohamad Amiruddin bin Sarmany, Nazir Masjid Al-Ubudiah.

Sumbangan tersebut adalah hasil dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan semula kepada Masjid bagi tujuan pemasangan satu (1) unit Lif di masjid tersebut.

Turut diadakan Kuliah Maghrib Khas bertajuk “Indahnya Berwakaf” disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf.

Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga agihan ini dapat dimanfaatkan oleh jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf sehingga yaumulakhirah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#mudahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihpewakaf

#masjidalubudiahseksyen19

No Comments

Post A Comment