30 Jun 2024, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan agihan tabung wakaf bernilai RM 25,365.00 kepada Masjid Jamek Ar Rahimiah.
Agihan tabung wakaf tersebut adalah dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada Masjid untuk menaik taraf sistem pembesar suara di masjid tersebut.
Selain itu, Kuliah Maghrib khas juga turut diadakan di sini bertajuk “Indahnya Berwakaf” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf.
No Comments