31 Oktober 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan wakaf bernilai RM 28,820.00 di Masjid Ar-Raudhah, Seksyen U10 Puncak Perdana.
Serahan cek cura telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Haji Zainal Abidin bin Shaik Zakaria, Nazir Masjid Ar-Raudhah.
Sumbangan tersebut adalah hasil dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan semula kepada Masjid bagi tujuan pemasangan pemidang ruang solat muslimat di masjid tersebut.
Turut diadakan Kuliah Maghrib Khas bertajuk “Indahnya Berwakaf” disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf.
Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga agihan ini dapat dimanfaatkan oleh jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf sehingga yaumulakhirah.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
—
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#indahnyaberwakaf
#mudahnyaberwakaf
#andawakafkamiagih
#terimakasihpewakaf
#masjidarraudhahu10shahalam
No Comments