ALHAMDULILLAH,SATU WAKAF,SEJUTA MANFAAT,JARIAH ANDA DISALURKAN KE MASJID AS-SALAM

ALHAMDULILLAH,SATU WAKAF,SEJUTA MANFAAT,JARIAH ANDA DISALURKAN KE MASJID AS-SALAM

 

16 Februari 2025, Petaling – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan agihan tabung wakaf bernilai RM 44,000.00 kepada Masjid As-Salam, Puchong Perdana.

Serahan cek cura telah disampaikan oleh  Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Ustaz Siddiq Fadzil bin Abdul Salim, Penolong Pengurus Masjid As – Salam, Puchong Perdana.

 

Agihan tabung wakaf tersebut adalah dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada Masjid untuk pemasangan karpet baharu dan alat siar raya di Masjid berkenaan.

Selain itu, Kuliah Maghrib khas juga turut diadakan yang disampaikan oleh Ustaz Hafizuddin bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf sempena Bulan Wakaf Negeri Selangor.

 

Kaunter wakaf tunai juga turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf.

 

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

 

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

 

Layari Wakaf Selangor Online

 

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

—-

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#terimakasihpewakaf

#masjidassalampuchonperdana

No Comments

Post A Comment