5 Disember 2024, Klang – Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan merasmikan Masjid Cina Muslim Klang.
Ketibaan DYMM Tuanku Sultan disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari, Orang Besar Daerah Klang Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi dan Datuk Bandar MBDK, Dato’ Abd. Hamid Hussain.
Masjid Jamek Cina Muslim Klang ini adalah merupakan usahasama dengan Perbadanan Wakaf Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor, di mana ianya merupakan Wakaf Khas yang dibuka untuk membuat kutipan dana bagi pembinaan masjid tersebut.
Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Setia Haris Kasim serta ketua-ketua agensi kerajaan persekutuan dan negeri Selangor.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada masyarakat di Masjid berkenaan dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
—
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#indahnyaberwakaf
#andawakafkamiagih
#terimakasihPEWAKAF
#masjidjamekcinamuslimklang
No Comments