29 April 2025, Kuala Lumpur – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Public Islamic Bank (PIB). Delegasi PWS seramai empat orang ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS disambut mesra delegasi dari PIB yang diketuai oleh Encik Luqman Zuhdi bin Mahmud Zahudi, Pengurus Besar PIB di Menara Public Bank Jalan Ampang.
Turut serta dalam kunjungan ini adalah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, Encik Mohd Hafiz bin Ismail, Pengurus Bahagian Kewangan PWS dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi PWS.
Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan kerjasama yang boleh dijalinkan melalui konsep wakaf bersama PIB yang boleh diwujudkan agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS dalam membangunkan hartanah wakaf di negeri Selangor.
Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan PIB bagi memartabatkan institusi wakaf dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia Amnya, InshaAllah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments