PWS TURUN PADANG PANTAU TAPAK WAKAF KHAS PEMBINAAN KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM PULAU INDAH

PWS TURUN PADANG PANTAU TAPAK WAKAF KHAS PEMBINAAN KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM PULAU INDAH

21 Mac 2024, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) hari ini bersama delegasi telah hadir untuk melaksanakan lawatan tapak Wakaf Khas Pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah.
 
Menurut Anuar Hamzah Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS lawatan tapak Wakaf Khas yang disusun adalah salah satu program yang dijadualkan ketika Bulan Wakaf Peringkat Selangor yang telah dilancarkan pada 7 Feb 2024 yang lalu oleh Pengerusi MAIS.
 
“Hari ini, PWS Bersama delegasi YIDE dan CSSB telah hadir untuk melihat sendiri proses proses awalan yang dimulakan dan telah ditaklimatkan oleh kontraktor yang dilantik bagi tujuan memberi gambaran yang menyeluruh akan status projek ini.”
 
“Pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim, Pulau Indah adalah salah satu projek Wakaf Khas dibawah seliaan PWS, yang mana setiap kutipan wakaf orang ramai bagi tujuan pembinaan kompleks ini dipantau sendiri oleh PWS.”
Kompleks ini akan menempatkan 200 anak-anak yatim/fakir miskin lelaki dalam satu-satu masa. Konsep yang dibangunkan ini bercirikan Islamik Kotemporari dan ianya akan menjadi sebuah kompleks anak yatim termoden di Negeri Selangor berjumlah RM 13.75 Juta kos pembangunannya.
 
Bagi menampung kos pembinaan, PWS menyeru seluruh masyarakat di Negeri Selangor khususnya dapat melaksanakan Ibadah Wakaf terutamanya pada bulan yang sangat mulia ini iaitu Ramadan dan dianggarkan RM 7,215,871.36 jumlah masih diperlukan bagi merealisasikan pembinaan tersebut.
 
Terdahulu pada 19 Ogos 2019, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan berangkat dan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah di Selangor Bio Bay Show Gallery, Klang. Walaubagaimanapun projek ini ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid 19 yang melanda negara ini dan baru dimulakan pada penghujung tahun yang lalu.
 
Turut bersama dalam sesi lawatan ini adalah Mohamamd Salim bin Mohd Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
Layari Wakaf Selangor Online
 
No Comments

Post A Comment