24 Jun 2024, Rawang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Sipro Plastic Industries Sdn Bhd. Delegasi PWS seramai tiga orang ini diketuai oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh YBhg. Datuk Noraini binti Soltan, Pangarah Urusan Sipro Plastic.
Turut serta dalam kunjungan ini ialah Encik Norizam bin Buang, Penolong Eksekutif dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi PWS.
Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS dan perbincangan bagi pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat ummah melalui konsep wakaf agar kakitangan sipro dapat melaksanakan Ibadah wakaf melalui potongan gaji serta dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS serta ucapan penghargaan kepada YBhg. Datuk yang telah menjadi sebahagian daripada pewakaf yang telah mewakafkan hartanya ke PWS.
No Comments