6 Disember 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menerima sumbangan wakaf RM 1 Juta untuk diwakafkan kepada Masjid Al-Falah Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Serahan cek telah diterima oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS bertempat di pejabat PWS hari ini.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah Masjid Al Falah, Sungai Ramal Dalam dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments