PWS TERUS SEBARLUASKAN “INDAHNYA BERWAKAF” DI SURAU AT-TAQWA, BANDAR TASIK KESUMA

PWS TERUS SEBARLUASKAN “INDAHNYA BERWAKAF” DI SURAU AT-TAQWA, BANDAR TASIK KESUMA

3 November 2024, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Surau At-Taqwa, Bandar Tasik Kesuma telah mengadakan Kuliah Maghrib Khas bertajuk “𝗜𝗻𝗱𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗮𝗳”. Kuliah telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.

Kuliah Maghrib ini adalah bertujuan untuk menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#indahnyaberwakaf

#surauattaqwabandartasikkesuma

No Comments

Post A Comment