PWS TERUS SEBARLUASKAN WAKAF DI SURAU BAITUL UKHRAWI SEMPENA BULAN WAKAF SELANGOR

PWS TERUS SEBARLUASKAN WAKAF DI SURAU BAITUL UKHRAWI SEMPENA BULAN WAKAF SELANGOR

3 April 2024, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Surau Baitul Ukhrawi, Taman Chiliung telah mengadakan Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.
 
Bagi meraikan Bulan Ramadhan yang merupakan Bulan Wakaf Negeri Selangor, PWS sedang giat merancakkan Ceramah Agama, Kuliah Khas dan Tazkirah Wakaf bagi menyebarluaskan lagi kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah, kehebatan dan keindahan berwakaf itu sendiri.
 
Kaunter Wakaf Tunai turut dibuka bagi memberi peluang penduduk setempat melaksanakan ibadah Wakaf Tunai ini.
 
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai di sepuluh malam terakhir Ramadhan ini melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
Layari Wakaf Selangor Online
No Comments

Post A Comment