29 Oktober 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dihadiri hamba Allah yang sudi mewakafkan hartanya bejumlah RM 20,000.
Hamba Allah ini telah hadir ke PWS demi menunaikan hajat ibunda yang tercinta untuk mewakafkan hartanya berbentuk wang tunai untuk diniatkan kepada ahli keluarganya.
Sumbangan Wakaf Tunai tersebut disambut mesra oleh Encik Norizam bin Buang, Penolong Eksekutif, Bahagian Korporat PWS.
Semoga Ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah pahala yang berpanjangan sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments