1 November 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyantuni seorang pewakaf yang sudi mewakafkan hartanya bejumlah RM 50,000.00.
Puan Hazah binti Yaakub berumur 72 tahun ini adalah seorang insan tabah yang sedang berjuang dengan penyakit kanser yang dihidapinya. Beliau telah mewakafkan harta berbentuk wang tunai disambut mesra oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat dan Encik Norizam bin Buang, Penolong Eksekutif, Bahagian Korporat PWS di Alam Impian.
Sama-sama kita mendoakan semoga Puan Hazah binti Yaakub terus tabah dalam berjuang melawan kanser yang dihidapinya, semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan oleh Allah SWT.
Semoga Ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah pahala yang berpanjangan sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments